CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 17 Januari 2010

Hari Minggu...

Bila saje menjelang hari minggu, betapa gembiranya aku. Mana taknya nak bayar utang tidogok, tapi jangan haraplah.....ader je keje kena buat..

terutama basuh baju berlonggok...selama 2 hari mesin basuh bekerja barulah kesemuanya selesai..mesti penat jadi mesin basuh. Nak pi jalan-jalan malas...kang pi jalan duit plak habis...so berjimat so kena berjimat..gaji lambat lagi...
Nak menghilangkan boring, buat la keje mana-mana yang patut....

Selasa, 12 Januari 2010

Design Baru Baju CK Adventurer Team


Bila tgk baju geng Powil yang lain dengki...bukannya apa saje nak provoke presiden buat baju baru. Jadi sebelum arahan dikaluarkan untuk buat design baru. Aku mengambil inisiatif untuk mereka design terbaru untuk team aku. Design aku dapat ilham bila search dlm internet. Aku mengambil masa tak sampai satu hari untuk siapkan. Sekarang aku tunggu je Presiden buat meeting untuk tahun 2010.

2010

Pejam celik...pejam celik...sekarang dah masuk tahun 2010....fuhhhhh...begitu cepat masa beredar...sepantas kereta Formula One. Tapi bila je masuk tahun baru semua orang akan tanya, Apa azam tahun baru? Kenapa soalan sebegitu sentiasa muncul. Bila difikirkan balik semua orang ader azam...tapi adakah ianya telah terlaksana...mungkin 90%...mungkin 70%...mungkin 50%..mungkin tak de langsung....
Tapi bagi aku tiada azam tahun baru seba azam aku sentiasa sama...untuk memajukan diri, ingin jadi insan yang berguna, tak tingkatkan produktiviti dan kurangkan kontroversi..hehehehe..macam Melodi la plak...ahhhhh.. kira ok la tue..
Tahun nie bakal bertambah lagi zuriat aku, betapa gembiranya hati ini tiada siapa yang tahu. Girl or Boy tak penting janji sihat tubuh badan. Makin meriah la mahligai aku nanti. Semua orang pasti teruja bila dapat tahu akan bakal kehadiran orang baru dalam hidup. Macam-macam perancangan dibuat. Sama ada terlaksana atau tidak, kita tunggu dan lihat sajalah...Kitakan kan insan biasa saje yang hanya mampu merancang, yang menentukan hanya Allah S.W.T.
Opssss....dah banyak aku membebel kali ini...nanti aku sambung lagi...ADIOSSSS...

Jumaat, 13 November 2009

2009 2009 Dalam Kenangan

Bila terkenang saat indah bersama Abah..betapa syahdunya terasa hati...Kenangan bersama Abah belum puas ku kecapi. Abah terlalu cepat meninggalkan kami semua. Kenangan di pagi raya merupakan suatu tekanan yang hebat bagi aku.
Ditelinga masih lagi terngiang gurau senda, teguran Abah. Abah seorang yang tegas dengan anak-anak. Aku puji sikap Abah yang sentiasa mengalah. Abah, engkaulah Idola aku.
Sekarang aku hanya tinggal Mama yang sentiasa menyayangi anak-anaknya. Pemergian Abah, ku pohon kesyukuran kehadrat Ilahi kerana menyatukan keluarga kembali rapat dan utuh. Aku harap perhubungan ini akan berkekalan.
Aku tak tahu apa lagi yang hendak aku katakan pada kali, jemari ini terasa berat untuk menulis bila mencoret tentang perjalanan hidup Abah. Sesungguhnya Kami sekeluarga amat menyayangi Abah. Semoga Roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat Abah.....

Sabtu, 15 November 2008

Anugerah

Anugerah mungkin selama ini tak terduga aku akan memilikinya...Setelah 7 tahun aku berkerja, setelah 7 tahun keringat aku dicurahkan. Aku bersyukur pada Illahi aku dikurniakan Anugerah Khidmat Cemerlang. Selama ini aku begitu cemburu melihat kawan-kawan seperjuangan aku menerima anugerah.
Tapi bukan setakat ini perjuangan aku...jauh lagi jalan yang hendak ku redahi...
tanpa sokongan dari kawan-kawan, ibu bapa dan semua yang berdiri disebelah aku, aku mungkin tidak dapat memilikinya...
Aku bersyukur....TERIMA KASIH SEMUA...
aku bersyukur sebab 7 tahun aku berkhidmat aku sudah memilikinya..ader lagi orang berkhidmat lebih lama dari aku belum lagi memilikinya..
aku bersyukur....tiada kata lagi yang hendak aku gambar...
perasaan gembira...terharu...semuanya bercampur baur....

TERIMA KASIH MAMA....TERIMA KASIH ABAH...berkat doamu selama ini

Khamis, 23 Oktober 2008

ShootOut Model














Ni sebenarnya gambar lama...
masa nie aku ngan geng photog yang lain saje nak lepas boring asyik terperuk dalam ofis je...
aku bagi cadangan utk shoot model sebagai ilang tahap boring...
model tue ialah budak ofis aku....
mujur jugak budak bukan jenis pemalu pada kamera...
Tonton lah untuk tatapan semua...
Jangan komen banyak-banyak plak bila tengok nanti takut kawe
hehehhe...hehehhe...
video

Isnin, 20 Oktober 2008

Penat...Letih...Pening....

Semalam adalah hari yang paling penat dalam hidup aku.....Tak pernah orang buat, mana taknya dalam satu hari aku travel balik kelantan dan pada yang sama jugak aku balik ke Kuala Lumpur. Pada mulanya aku ingatkan sempat nak hadiri KLFP 08 di Times Square, KL....tapi semuanya hampa...
Aku bertolak ke KL semula menggunakan kereta Adik aku...dengan harapan tak de lah masalah di tengah jalan namum semua berlaku di luar dugaan...sampai je kat Kawasan Lipis kereta adik mengalami kerosakan Hos Brake bocor...fuhhhhh....nasib baik baik aku dapat control kereta dengan baik kalau tak...hanya Tuhan saje yang tahu...
Aku terpaksa bermalam di Stesen Petronas Benta sementara menunggu hari siang...dalam hati aku berdetik....mesti Mama dan Abah aku risau...pada masa tue jugak aku teringatkan anak aku kat kampung...semua aku fikir, bukannya ape aku bawak kereta yang berkapasiti besar Horse Power dan kalau gagal mengawal kereta....arwah lah alamatnya...
Aku sampai KL pun agak lewat petang semalam...KLFP tak jadi la aku pergi yang pada mulanya aku memang merancang hendak pergi...semua rosak program. Oleh kerana terlampau penat sampai je kat umah terus tido tak sedarkan diri....