Anugerah mungkin selama ini tak terduga aku akan memilikinya...Setelah 7 tahun aku berkerja, setelah 7 tahun keringat aku dicurahkan. Aku bersyukur pada Illahi aku dikurniakan Anugerah Khidmat Cemerlang. Selama ini aku begitu cemburu melihat kawan-kawan seperjuangan aku menerima anugerah.
Tapi bukan setakat ini perjuangan aku...jauh lagi jalan yang hendak ku redahi...
tanpa sokongan dari kawan-kawan, ibu bapa dan semua yang berdiri disebelah aku, aku mungkin tidak dapat memilikinya...
Aku bersyukur....TERIMA KASIH SEMUA...
aku bersyukur sebab 7 tahun aku berkhidmat aku sudah memilikinya..ader lagi orang berkhidmat lebih lama dari aku belum lagi memilikinya..
aku bersyukur....tiada kata lagi yang hendak aku gambar...
perasaan gembira...terharu...semuanya bercampur baur....
TERIMA KASIH MAMA....TERIMA KASIH ABAH...berkat doamu selama ini
Sabtu, 15 November 2008
Anugerah
Posted by As_One at 2:59:00 PTG 0 comments
Khamis, 23 Oktober 2008
ShootOut Model
Ni sebenarnya gambar lama...
masa nie aku ngan geng photog yang lain saje nak lepas boring asyik terperuk dalam ofis je...
aku bagi cadangan utk shoot model sebagai ilang tahap boring...
model tue ialah budak ofis aku....
mujur jugak budak bukan jenis pemalu pada kamera...
Tonton lah untuk tatapan semua...
Jangan komen banyak-banyak plak bila tengok nanti takut kawe
hehehhe...hehehhe...
Posted by As_One at 3:24:00 PTG 0 comments
Isnin, 20 Oktober 2008
Penat...Letih...Pening....
Semalam adalah hari yang paling penat dalam hidup aku.....Tak pernah orang buat, mana taknya dalam satu hari aku travel balik kelantan dan pada yang sama jugak aku balik ke Kuala Lumpur. Pada mulanya aku ingatkan sempat nak hadiri KLFP 08 di Times Square, KL....tapi semuanya hampa...
Aku bertolak ke KL semula menggunakan kereta Adik aku...dengan harapan tak de lah masalah di tengah jalan namum semua berlaku di luar dugaan...sampai je kat Kawasan Lipis kereta adik mengalami kerosakan Hos Brake bocor...fuhhhhh....nasib baik baik aku dapat control kereta dengan baik kalau tak...hanya Tuhan saje yang tahu...
Aku terpaksa bermalam di Stesen Petronas Benta sementara menunggu hari siang...dalam hati aku berdetik....mesti Mama dan Abah aku risau...pada masa tue jugak aku teringatkan anak aku kat kampung...semua aku fikir, bukannya ape aku bawak kereta yang berkapasiti besar Horse Power dan kalau gagal mengawal kereta....arwah lah alamatnya...
Aku sampai KL pun agak lewat petang semalam...KLFP tak jadi la aku pergi yang pada mulanya aku memang merancang hendak pergi...semua rosak program. Oleh kerana terlampau penat sampai je kat umah terus tido tak sedarkan diri....
Posted by As_One at 1:56:00 PTG 2 comments
Rabu, 15 Oktober 2008
Masa Lapang....
Posted by As_One at 9:31:00 PG 0 comments
Labels: Macro
Selasa, 23 September 2008
MERDEKA...MALAYSIA KU MERDEKA
Pelik kan...
Tak tahu lah macam mana peritnya Pejuang-Pejuang Kemerdekaan memperjuangkan kebebasan tanah air kita dengan penuh perit jerih. Banyak rintangan yang terpaksa dilalui. Sekarang kita adalah generasi baru memperjuangkan lagi saki baki kemerdekaan.
Dulu zaman sekolah kita baca buku sejarah menceritakan pejuang-pejuang bangsa seperti Mat Kilau, Mat Salleh, Dato' Bahaman, Tok Janggut. Betapa hebatnya mereka, nak jugak jadi seperti mereka-mereka nie...tapi tak lah sampai berperang. Aku nak juangkan supaya satu masa nanti aku dihormati, disegani dan dikenali...Perjuangkan bidang FOTOGRAFI...
Sekarang banyak yang perlu diMerdekakan, Merdeka diri sendiri, Merdeka Bangsa, Merdeka..Merdeka..Merdeka....Tapi aku bangga jadi anak Malaysia. Aku bangga dilahirkan di bumi yang aman.
Posted by As_One at 9:26:00 PG 0 comments
Isnin, 22 September 2008
Cuti...Oh...Cuti
Posted by As_One at 11:01:00 PG 1 comments