CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 23 September 2008

MERDEKA...MALAYSIA KU MERDEKA
















Rasa masih belum terlewat lagi untuk aku ceritakan tentang MERDEKA. Bila kenangkan tarikh yang penuh keramat ini perasaan sedih pun ada, sayu, semangat dan cintakan pada Negara. Anak aku cukup suka bila nak sambut Merdeka...dulu waktu dia masih lagi kecik, cakap pelat...pegang je bendera Malaysia melompat sebut merdeka...Tak tahu lah siapa yang ajar...
Pelik kan...

Tak tahu lah macam mana peritnya Pejuang-Pejuang Kemerdekaan memperjuangkan kebebasan tanah air kita dengan penuh perit jerih. Banyak rintangan yang terpaksa dilalui. Sekarang kita adalah generasi baru memperjuangkan lagi saki baki kemerdekaan.

Dulu zaman sekolah kita baca buku sejarah menceritakan pejuang-pejuang bangsa seperti Mat Kilau, Mat Salleh, Dato' Bahaman, Tok Janggut. Betapa hebatnya mereka, nak jugak jadi seperti mereka-mereka nie...tapi tak lah sampai berperang. Aku nak juangkan supaya satu masa nanti aku dihormati, disegani dan dikenali...Perjuangkan bidang FOTOGRAFI...

Sekarang banyak yang perlu diMerdekakan, Merdeka diri sendiri, Merdeka Bangsa, Merdeka..Merdeka..Merdeka....Tapi aku bangga jadi anak Malaysia. Aku bangga dilahirkan di bumi yang aman.

Isnin, 22 September 2008




Cuti...Oh...Cuti



Bila tiba Hari Raya semua Pikir pasal cuti Raya...
Yang dah berkeluarga suami isteri mula merancang kampung mana nak balik..
pada yang jauh masa nie la mula buat mula kasihan...


Bila tiba Hari Raya ramai jugak yang mula buat persiapan nak sambut hari raya...maklumlah setahun hanya sekali saja....

Ada yang yang beli baju anak...ada yang nak beli baju isteri..
tapi bagi aku yang penting anak dan isteri jer...
aku pulak tak kisah janji dapat Raya...


Bila tiba Hari Raya banyak pulak memori silam terkenang...
zaman kanak-kanak....zaman remaja..
yang paling indah pagi Raya...
bersalam-salaman dengan Mak Ayah..pastu jeng..jeng..jeng..
dapat duit Raya...masa tue mula la setiap kali dapat duit raya tanding siapa yang dapat paling banyak....bila dah banyak Mama suruh simpan untuk bekalan hidup masa depan.
Best kan bila citer pasal Raya...
Dulu Raya buleh main bunga api dan mercun tapi sekarang dah kena haram...tapi ader lagi segelintir main jugak...sampai yang tua bangka pun perangai macam budak-budak...
iskh .....teruk betul....
Fuhhhhh...indahnya...BILA TIBA HARI RAYA....