CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 13 November 2009

2009 2009 Dalam Kenangan

Bila terkenang saat indah bersama Abah..betapa syahdunya terasa hati...Kenangan bersama Abah belum puas ku kecapi. Abah terlalu cepat meninggalkan kami semua. Kenangan di pagi raya merupakan suatu tekanan yang hebat bagi aku.
Ditelinga masih lagi terngiang gurau senda, teguran Abah. Abah seorang yang tegas dengan anak-anak. Aku puji sikap Abah yang sentiasa mengalah. Abah, engkaulah Idola aku.
Sekarang aku hanya tinggal Mama yang sentiasa menyayangi anak-anaknya. Pemergian Abah, ku pohon kesyukuran kehadrat Ilahi kerana menyatukan keluarga kembali rapat dan utuh. Aku harap perhubungan ini akan berkekalan.
Aku tak tahu apa lagi yang hendak aku katakan pada kali, jemari ini terasa berat untuk menulis bila mencoret tentang perjalanan hidup Abah. Sesungguhnya Kami sekeluarga amat menyayangi Abah. Semoga Roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat Abah.....